GAZA: Ketua puak anti-Hamas, Yasser Abu Shahab, dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di selatan Israel akibat kecederaan yang tidak dinyatakan, menurut Radio Tentera Israel yang memetik sumber keselamatan.
Laporan itu tidak menyatakan tarikh kematian atau butiran lanjut mengenai kecederaannya.
Hamas juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan, manakala pihak berkuasa Israel lain juga tidak memberikan sebarang komen setakat ini.
Kumpulan yang diketuai Abu Shahab beroperasi di kawasan selatan Rafah, Gaza, yang masih berada di bawah kawalan tentera Israel.
Hamas sebelum ini menuduh beliau bekerjasama dengan Israel, namun tuduhan itu dinafikan olehnya.- AGENSI










