Kes rasuah Ahli Parlimen Padang Serai, PN serah kepada SPRM jalankan siasatan

Kes rasuah Ahli Parlimen Padang Serai, PN serah kepada SPRM jalankan siasatan

TAKIYUDDIN Hassan (dua kiri) menyerahkan hamper cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang pada Majlis Penerangan dan Pemimpin Bersama Masyarakat India di Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) terbuka dan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan ke atas Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin yang ditahan selepas didakwa terlibat dengan kes rasuah.

Ketua Whipnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau tidak boleh memberikan ulas lanjut berhubung kes tersebut kerana ia masih dalam siasatan.

“Kita (PN) sama sekali tidak akan mencampuri urusan tersebut dan menyerahkan perkara itu kepada proses perundangan untuk mengambil tempat.

“Kita tengok hasil siasatan macam mana dan PN terbuka dalam isu ini. Cuma kami berharap Ahli Parlimen Padang Serai itu diberikan hak untuk mendapatkan peguam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerangan dan Pemimpin Bersama Masyarakat India di sini malam tadi yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin mendakwa pertuduhan rasuah yang akan dikenakan terhadapnya pada Isnin ini, bertujuan mencemarkan imejnya sebagai wakil rakyat Perikatan Nasional (PN).

Bekas Exco Kerajaan Kedah itu berkata, beliau pada 25 Mac lalu sudah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah untuk membantu siasatan berkaitan projek fidlot di bawah Kedah Agro.

Beliau mendakwa ketika itu dia hanya diminta hadir untuk memberikan keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan, sebelum dihubungi semula penyiasat SPRM semalam untuk ke Pejabat SPRM Kuala Lumpur.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN