Kanak-kanak 9 tahun dikhuatiri lemas di Pantai Kemayang

Kanak-kanak 9 tahun dikhuatiri lemas di Pantai Kemayang

ANGGOTA bomba berusaha mencari dan menyelamat kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di Pantai Kemayang, Bachok, Kelantan petang tadi-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak ketika sedang mandi di Pantai Kemayang di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 6.45 petang itu, mangsa dikenali sebagai Muhamad Irfan Mohd. Afendi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, sepasukan anggota pasukan penyelamat di air (PPDA) telah ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.15 malam.

Katanya, setiba dilokasi komander operasi melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun telah dipercayai lemas.

“Anggota PPDA telah melakukan operasi mencari dipermukaan di kawasan persisir pantai. Komander operasi kemudian telah meminta bantuan sepasukan anggota PPDA dari Balai Pengkalan Chepa,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung Nor Suzilawati Nor Rashid, 24, berkata, ketika kejadian mangsa sedang mandi bersama adiknya di kawasan pantai tersebut.

Katanya, semasa kejadian ibu dan bapa kepada kanak-kanak berkenaan turut berada di kawasan pantai itu.

“Sekitar pukul 6.45 petang, ibu kepada kanak-kanak berkenaan telah memanggil anaknya untuk pulang. Bagaimanapun, mangsa telah dihanyutkan ombak yang agak kuat ketika itu.

“Bapa kepada kanak-kanak itu berusaha menyelamatkan anaknya, tapi gagal,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN