MRAUK U: Lebih 30 terbunuh dalam serangan udara tentera Myanmar ke atas sebuah hospital di Mrauk-U, negeri Rakhine barat, berhampiran sempadan Bangladesh.
Menurut petugas bantuan di lokasi, Wai Hun Aung, sebuah jet tentera mengebom hospital umum Mrauk-U dalam kejadian pada Khamis.
“Keadaan sangat dahsyat. Setakat ini, kami mengesahkan 31 kematian dan menjangkakan bilangan itu akan meningkat.
“Selain itu, terdapat 68 yang lain cedera dan dijangka turut bertambah,” katanya.
Sekurang-kurangnya 20 mayat yang dibalut terlihat di luar perkarangan hospital, dengan jurucakap junta tidak dapat dihubungi untuk memberikan kenyataan.
Serangan berlaku ketika junta melancarkan peningkatan menjelang pilihan raya yang dijadualkan bermula 28 Disember.
Pemantau konflik melaporkan serangan udara tentera meningkat sejak rampasan kuasa pada 2021 yang menamatkan percubaan demokrasi selama sedekad.
Tentera mempromosikan pilihan raya itu sebagai langkah untuk menghentikan pertelingkahan, namun pemberontak berikrar menyekatnya daripada wilayah yang mereka kuasai, dan cuba direbut semula oleh junta.- AFP










