Jumlah mangsa banjir terus meningkat di Pahang, 13,479 terjejas setakat pukul 8 pagi - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir terus meningkat di Pahang, 13,479 terjejas setakat pukul 8 pagi

JALAN Sungai Lembing (FT231) berhampiran Kilang Papan Sungai Charu di Kuantan, Pahang masih ditutup kepada semua kenderaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 13,479 individu daripada 4,434 keluarga dipindahkan ke 81 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang, Kuantan kekal mencatatkan angka tertinggi dengan 46 PPS dibuka, melibatkan 3,709 keluarga dan 11,128 mangsa.

Daerah Maran pula merekodkan 11 PPS dengan 250 keluarga dan 916 mangsa, diikuti Pekan (11 PPS, 319 keluarga, 924 mangsa), Rompin (lapan PPS, 138 keluarga, 454 mangsa), Jerantut (empat PPS, 16 keluarga, 52 mangsa) dan Lipis (satu PPS, dua keluarga, lima mangsa).

Perbandingan data menunjukkan penurunan kecil berbanding pukul 4 pagi tadi, dengan pengurangan lima keluarga dan enam mangsa, namun jumlah keseluruhan PPS kekal.

Setakat ini, tiada kematian dilaporkan dan operasi pemindahan serta bantuan diteruskan oleh agensi berkaitan.

JPBN Pahang turut memaklumkan bahawa jumlah kumulatif mangsa sejak awal musim tengkujuh mencecah 17,162 orang daripada 5,731 keluarga, melibatkan pembukaan 163 PPS di seluruh negeri.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan amaran cuaca dan arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN