JAS Kelantan pantau aktiviti mendulang emas

JAS Kelantan pantau aktiviti mendulang emas

WAN Aminordin Wan Kamaruddin (kiri) melihat pegawainya memeriksa kenderaan semasa penutup Operasi Bersepadu 'Ops Gerak Kenderaan Motor' Sempena Hari Ozon Sedunia 2025 di Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan akan memantau aktiviti mendulang emas di negeri ini selaras dengan kebenaran yang telah diberikan oleh kerajaan negeri.

Pengarahnya, Wan Aminordin Wan Kamaruddin berkata, ia akan dilakukan menerusi operasi bersepadu dari semasa ke semasa bersama agensi berkaitan lain yang dipertanggungjawabkan berkaitan perkara tersebut.

“Setakat aktiviti mendulang tanpa melibatkan penggunaan pam ia tidak menjejaskan alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Operasi Bersepadu ‘Ops Gerak Kenderaan Motor’ Sempena Hari Ozon Sedunia 2025 di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Wan Aminordin memberitahu, mesyuarat berkaitan garis panduan antara JAS Kelantan dengan pihak berkaitan sudah diadakan bagi membincangkan perkara tersebut.

Katanya, syarat berkaitan aktiviti mendulang itu akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Utusan Malaysia 3 Disember lalu melaporkan, lesen mendulang emas hanya akan diberikan kepada rakyat Kelantan bagi membolehkan mereka menikmati sebahagian hasil mineral yang ada di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, permohonan mendapatkan lesen itu boleh dibuat bermula Januari depan melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri atau jajahan.

Katanya, kerajaan negeri akan mengenakan bayaran sebanyak RM100 kepada rakyat untuk mendapatkan lesen.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN