TEL AVIV: Kerajaan Israel meluluskan pemotongan sebanyak 220.7 juta shekel (RM279.8 juta) daripada bajet pelan lima tahun yang diperuntukkan untuk pembangunan komuniti Palestin di wilayah yang diduduki sejak 1948, bagi dipindahkan kepada Perkhidmatan Keselamatan Israel (Shin Bet) dan polis.
Keputusan itu diumumkan pada Ahad lalu, pada asalnya memperuntukkan dana untuk sektor penting, termasuk pendidikan, budaya, sukan, program belia dan pembangunan pihak berkuasa tempatan di bandar Palestin.
Bagaimanapun, dana tersebut kini dialihkan kepada Shin Bet dan polis Israel kononnya atas alasan memerangi keganasan serta jenayah.
Pengkritik menyifatkan langkah itu secara langsung merosakkan hak kolektif rakyat Palestin dan menjejaskan peluang pembangunan jangka panjang.
Keputusan itu dibuat di tengah tekanan daripada Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir, dan Menteri Kesaksamaan Sosial, May Golan.
Menjelang kelulusan bajet negara, kedua-dua menteri itu menuntut pengurangan peruntukan untuk komuniti Arab bagi tujuan memperkukuh keselamatan, termasuk dana untuk polis dan Shin Bet.- AGENSI










