Iraq 'sambut' penerbangan Eropah pertama sejak 35 tahun

Iraq ‘sambut’ penerbangan Eropah pertama sejak 35 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Syarikat penerbangan Greece, Aegean Airlines, menjadi pesawat Eropah pertama dalam tempoh 35 tahun yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad, Iraq.

Kementerian Pengangkutan Iraq dalam satu kenyataan berkata, ketibaan penerbangan itu menandakan ‘kembalinya Iraq ke peta penerbangan Eropah’ serta membuka fasa baharu pemulihan sektor penerbangan negara itu.

Syarikat penerbangan Eropah tidak mengendalikan penerbangan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad atas faktor keselamatan sejak awal 1990-an, selepas bekas pemerintah Iraq, Saddam Hussein, menyerang negara jiran Kuwait.

Saddam digulingkan oleh pencerobohan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) pada 2003, yang kemudiannya disusuli perang saudara, keganasan mazhab dan kemunculan kumpulan jihad bersenjata.

Namun selepas puluhan tahun bergolak, Iraq sejak kebelakangan ini mula kembali stabil, dengan kerajaan berusaha menarik pelaburan asing bagi mengukuhkan ekonomi negara.

Kementerian berkata, laluan Baghdad-Athens-Baghdad akan mengendalikan dua penerbangan seminggu, dengan kemungkinan menambah kekerapan bergantung kepada permintaan.

Awal tahun ini, syarikat penerbangan Greece itu turut memulakan penerbangan ke Erbil, ibu kota wilayah autonomi Kurdistan di utara Iraq, yang sering dilihat sebagai kawasan lebih stabil berbanding bahagian lain negara itu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN