PETALING JAYA: Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) akan bersidang pada 24 Disember ini bagi membincangkan pelaksanaan dan pengesahan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand. Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) semalam memutuskan, Thailand dan Kemboja mesti menghentikan permusuhan dan kembali berdialog bagi mengekalkan keamanan di rantau ini. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Menteri-Menteri Luar ASEAN turut mengalu-alukan perbincangan mengenai usaha penyambungan semula gencatan senjata dan menghentikan persengketaan. “Menteri-Menteri Luar…










