EU beku aset berdaulat Russia

EU beku aset berdaulat Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk membekukan aset berdaulat Russia dalam blok tersebut secara tidak terhad, ketika Moscow mengancam untuk membalas dendam terhadap Euroclear, pengurus utama dana Kremlin yang dibekukan.

Keputusan EU menggunakan kuasa darurat bagi ‘melumpuhkan’ aset sebanyak 210 bilion euro (RM1 trilion) milik bank pusat Russia menandakan langkah penting untuk menggunakan dana tersebut bagi menyokong pertahanan Ukraine.

Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa, mengesahkan pemimpin EU menunaikan komitmen pada Oktober lalu untuk mengekalkan aset Russia dibekukan sehingga Moscow menghentikan perang terhadap Ukraine dan memberi pampasan atas kerosakan ditimbulkan.

Sebelum ini, sekatan EU terhadap aset yang dibekukan perlu diperbaharui setiap enam bulan, yang membolehkan kerajaan mesra Kremlin seperti Hungary, untuk memveto langkah tersebut.

Keputusan EU membekukan aset berdaulat Russia dibuat beberapa jam selepas bank pusat negara itu mengumumkan saman terhadap Euroclear, penyimpan sekuriti pusat di Brussels yang mengurus aset terbabit.

Euroclear, yang sebelum ini kurang dikenali dalam sistem kewangan antarabangsa, tidak mempunyai kuasa ke atas penggunaan dana yang dibekukan.

Saman yang difailkan di mahkamah Moscow mendakwa ‘tindakan haram’ Euroclear menjejaskan kemampuan bank pusat Russia mengurus dana serta sekuriti.- THE GUARDIAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN