PETALING JAYA : Dua individu warga asing ditahan selepas menyeludup hampir 15 kilogram dadah yang disembunyikan dalam kotak teh Cina dan patung permainan di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 19 November lalu. Penahanan seorang lelaki warga China dan wanita warga Thailand itu dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Pengarah Kastam JKDM KLIA, Zulkifli Muhammad berkata, mereka ditahan selepas imej imbasan bagasi mereka menimbulkan syak kepada anggota Agensi…










