Dua anggota polis maut dalam letupan di Moscow

Dua anggota polis maut dalam letupan di Moscow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Tiga individu termasuk dua anggota polis maut dalam letupan di Moscow, menurut pihak berkuasa Russia.

Menurut Jawatankuasa Siasatan Russia, dua anggota polis trafik melihat seorang individu yang mencurigakan berhampiran kenderaan polis di Jalan Yeletskaya di bandar itu, dan apabila mereka menghampiri suspek untuk menahannya, satu alat letupan diletupkan.

Kedua-dua anggota polis terbunuh akibat kecederaan, bersama seorang lagi individu yang berada berhampiran.

Serangan berlaku dua hari selepas seorang pegawai tinggi Russia terbunuh dalam insiden pengeboman kereta di ibu negara pada Isnin lalu.

Leftenan Jeneral Fanil Sarvarov meninggal dunia selepas alat letupan yang diletakkan di bawah kereta diletupkan.

Letupan terbaharu berlaku berhampiran lokasi Sarvarov maut.

Jurucakap Jawatankuasa Siasatan, Svetlana Petrenko dalam kenyataan di Telegram berkata, satu kes jenayah sedang disiasat di Moscow berkaitan cubaan membunuh anggota polis trafik.

Sejak Moscow menghantar tentera ke Ukraine pada Februari 2022, Kyiv sering dituduh bertanggungjawab terhadap beberapa serangan yang menyasarkan pegawai tentera Russia dan tokoh pro-Kremlin di Russia serta kawasan diduduki di Ukraine.

Kyiv mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa serangan, namun belum mengulas mengenai insiden Isnin lalu.- BBC/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN