GOPENG: Masalah capaian internet terus membelenggu penduduk Orang Asli Kampung Ulu Geruntum di sini, sekali gus menjejaskan perhubungan, pendidikan serta keselamatan komuniti berkenaan. Tok Batin kampung tersebut, Bah Judu Bah Tangoi berkata, capaian internet lemah dan tidak stabil itu menyukarkan penduduk untuk menghubungi pihak berkuasa ketika berdepan situasi kecemasan. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa membawa telefon bimbit ke kawasan tinggi atau bergerak jauh dari rumah sekali gus mendedahkan mereka…










