CYBERJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan rundingan dengan ketua-ketua parti dalam kerajaan terlebih dahulu sebelum memuktamadkan kekosongan jawatan menteri di dalam Kabinet. Menurut Perdana Menteri, beliau perlu mendapatkan pandangan mereka (ketua-ketua parti dalam kerajaan) sebelum keputusan itu dibuat. “Saya akui Perdana Menteri mempunyai kuasa prerogatif namun pendekatan demokrasi akan diambil dalam menentukan keputusan itu. “Ada beberapa kekosongan jawatan menteri jadi, biar saya runding dahulu. Betul, ada budi bicara atau…










