PETALING JAYA: Belum tiba masa untuk MCA keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan bergerak secara solo atau bersendirian, sebaliknya perlu bersama-sama menguatkan jentera gabungan itu. Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, MCA bersama parti-parti komponen BN termasuk UMNO perlu menguatkan jentera dan terus merangka pelan untuk menarik sokongan rakyat sebelum tiba pilihan raya nanti. “Hendak cakap tentang keluar atau tidak, di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah…










