Belanjawan Perlis: Hasil negeri meningkat - Utusan Malaysia

Belanjawan Perlis: Hasil negeri meningkat

MOHD. Shukri Ramli menunjukkan dokumen Belanjawan Perlis 2026 yang dibentangkan semasa Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Perlis Ke-15, di Kangar, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Belanjawan Perlis 2026 memperuntukan RM359.58 juta iaitu peningkatan sebanyak RM57.20 juta berbanding 2025, sekali gus menjadi yang tertinggi pernah dibentangkan.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, sebanyak RM244.42 juta atau 68 peratus di bawah perbelanjaan mengurus, manakala RM115.16 juta atau 32 peratus, perbelanjaan pembangunan.

Katanya, kerajaan negeri juga menganggarkan sejumlah RM217.59 juta akan dikutip pada tahun 2026 meliputi hasil cukai sebanyak RM44.13 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM50.92 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM122.54 juta.

Beliau berkata, menerusi anggaran itu, kutipan hasil negeri dijangka meningkat sebanyak RM94.66 juta atau 77 peratus berbanding 2025.

“Kerajaan negeri juga diunjurkan mengalami defisit sebanyak RM26.83 juta pada tahun 2026, namun jumlah tersebut masih pada kadar terendah jika dibandingkan dengan belanjawan pada lima tahun lalu. Belanjawan 2026 ini dirangka agar setiap inisiatif belanjawan mendapat manfaat langsung kepada rakyat, memudahkan urusan rakyat dan bagi membangunkan negeri yang terus makmur, sejahtera dan diberkati,” katanya membentangkan Belanjawan Perlis 2026 di sini hari ini.

Katanya, secara keseluruhan, perbelanjaan mengurus pada tahun 2026 meningkat sebanyak RM48.31 juta berbanding tahun 2025.

Beliau berkata, menerusi peruntukan pembangunan, sejumlah RM30.10 juta atau 27 peratus dibiayai melalui pinjaman Kerajaan Persekutuan bagi tujuan projek peningkatan prasarana untuk kemudahan rakyat.

“Perlis turut mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) positif bagi tahun 2024 berjumlah RM6.5 bilion berbanding RM6.3 bilion pada tahun 2023 iaitu pertumbuhan sebanyak 3.3 peratus,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN