KOTA BHARU: Pemasangan struktur sementara beg pasir atau geotube menjadi langkah awal paling berkesan mengurangkan hakisan di Pantai Bisikan Bayu dan Pachakan, Pasir Puteh akibat Monsun Timur Laut yang sedang melanda ketika ini. Pensyarah Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Dr. Hamzah Hussin berkata, kaedah itu berfungsi menyerap dan melemahkan hentaman gelombang, sekali gus memberi ruang kepada pantai untuk distabilkan sebelum penyelesaian jangka panjang dilaksanakan. “Biasanya hakisan berlaku disebabkan…










