KUANTAN: Punca kematian warden Penjara Penor, Muhammad Hariri Kamarudin, 26, yang ditemukan maut selepas pulang melihat rumahnya dinaiki air di Taman Seri Inderapura di sini, semalam masih menunggu keputusan makmal. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), namun punca kematian belum dapat dipastikan. “Hasil bedah siasat, doktor belum dapat mengenal pasti punca sebenar kematian atau ‘pending investigation’. Sampel…










