GUA MUSANG: Pergerakan aliran air bawah tanah dipercayai menjadi punca kejadian jalan runtuh di Kilometer 45, Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Blau di sini, tengah malam semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, sebahagian besar jalan di laluan terbabit runtuh menjadi seperti kawah besar sehingga terpaksa ditutup bagi semua kenderaan termasuk motosikal. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, runtuhan tanah melibatkan kawasan jalan sepanjang…










