Ahli Eurovision bincang cadangan boikot Israel

Ahli Eurovision bincang cadangan boikot Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Penyertaan Israel dalam Pertandingan Lagu Eurovision akan dibincangkan pada mesyuarat dua hari di Geneva bermula Khamis, susulan seruan untuk mengecualikan negara haram itu ekoran taktik perang di Gaza.

Beberapa negara termasuk Iceland, Ireland, Sepanyol dan Belanda mengancam untuk mengundurkan diri daripada pertandingan 2026 jika Israel mengambil bahagian.

Negara lain seperti Belgium, Finland dan Sweden turut menunjukkan mereka sedang mempertimbangkan boikot berikutan situasi di Gaza.

Dalam mewajarkan keputusannya, penyiar Belanda AVROTROS menekankan pelanggaran serius terhadap kebebasan media oleh Israel di Gaza.

Penyiar itu menuduh Israel campur tangan semasa edisi terakhir Pertandingan Lagu, di mana ia meraih tempat kedua, dengan melobi orang ramai di luar negara untuk mengundi bagi pihaknya.

Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU), yang menganjurkan pertandingan itu, merancang untuk mengumpulkan penyiar ahli pada November bagi mengundi usul penyertaan Israel.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas pengumuman perjanjian gencatan senjata di Gaza pada 10 Oktober, EBU menangguhkan keputusan itu sehingga mesyuarat agung pada 4 dan 5 Disember.

Bulan lalu, dalam usaha untuk mengelak undian yang kontroversi, EBU mengumumkan peraturan pengundian diubah bagi menangani kebimbangan ahli serta memperkukuh kepercayaan serta ketelusan.

Semasa mesyuarat minggu ini, penyiar akan diminta menilai sama ada langkah baharu itu mencukupi atau masih mahu mengadakan untuk mengenai penyertaan Israel.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN