PEKAN: Seorang ibu kepada tiga anak dari Kampung Baru Cenderawasih, Batu 9, Sungai Miang di sini berdepan ujian apabila menghidap komplikasi penyakit barah otak, usus bocor dan tekanan darah tinggi. Penderitaan dialami Rahmah Abdul Wahab, 48, itu turut menguji ketabahan seluruh keluarganya. Wanita itu berkata, dia menjalani pembedahan ketumbuhan otak pada 2023 namun dimaklumkan tumor berkenaan tumbuh semula dan memerlukan pembedahan kedua yang berisiko tinggi. “Doktor maklumkan ketumbuhan itu tidak…










