Wan Fatihah sudah pulang ke Golok, masih trauma

Wan Fatihah sudah pulang ke Golok, masih trauma

WAN Fatihah Mat Hussien (kiri) kelihatan sugul semasa menghadiri upacara pengebumian arwah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Pasir Mas, Kelantan semalam-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Isteri kepada Allahyarham Mohd. Fuad Fahmie Ghazali yang maut ditembak sebanyak 18 das sudah pulang ke rumahnya di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand, semalam selepas selesai upacara pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Apam, di sini.

Ibu mentuanya, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata,  menantunya itu, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, masih lagi trauma selepas melihat kejadian ngeri tersebut berlaku didepan matanya sendiri.

Katanya, mengikut perancangan asal Wan Fatihah mahu tinggal di sini buat sementara waktu namun tidak dapat berbuat demikian kerana masih terbayang-bayangkan kelibat arwah suami semasa berada di dalam bilik.

“Jadi dia (Wan Fatihah) pulang ke rumahnya di Golok buat sementara waktu dan kembali semula ke sini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, suasana tenang di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand, petang kelmarin bertukar ngeri apabila seorang wa­nita sarat mengandung hanya mampu menjerit dan mendakap suaminya yang rebah selepas ditembak 18 das oleh dua lelaki yang dikenalinya.

Mangsa, Mohd. Fuad Fahmie Ghazali, 33, ditembak bertubi-tubi ketika sedang memasang kamera litar tertutup (CCTV) di halaman rumahnya kira-kira pukul 6.40 petang waktu Thailand.

Isterinya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, berkata, dua lelaki tersebut datang dari arah belakang sebelum bertindak melepaskan tembakan menggunakan pistol masing-masing ke arah suaminya tanpa sebarang amaran.

Terdahulu, Mohd. Fuad yang juga rakyat Malaysia meninggal dunia malam tadi selepas dipercayai ditembak sebanyak lapan kali sebelum disahkan terkena 18 das tembakan keseluruhannya.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Golok pada pukul 9 malam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN