JOHOR BAHRU: Tuduhan dilemparkan bahawa minyak sawit Malaysia tidak sesuai digunakan sebagai stok suapan (feedstock) bahan api penerbangan mampan (SAF) adalah tidak tepat dan telah diperbesarkan. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, minyak masak terpakai (UCO) sebenarnya menjadi sumber utama bagi SAF dan mendapat kedudukan premium di pasaran Eropah kerana ciri kitar semula serta impak karbonnya yang jauh lebih rendah. “Tiada isu persepsi negatif. Pasaran Eropah…










