KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai poster boy untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setelah gabungan parti politik itu bukan dominan dalam menentukan calon Ketua Menteri. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, PH hanya bertanding 22 kerusi dan mustahil untuk gabungan itu membentuk kerajaan secara bersendirian. “Apa peranan kami? Kami berharap untuk menjadi jambatan yang menghubungkan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang akhbar di pejabat DAP Luyang…










