KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menegaskan bahawa sebarang perbuatan yang berpotensi memecahbelahkan perpaduan dan hubungan harmoni antara kaum di negara ini wajib ditentang secara tegas. Baginda bertitah, usaha menyatupadukan rakyat tidak akan mudah dicapai sekiranya masih wujud segelintir pihak yang mabuk kuasa, memilih mensensasikan isu kaum, agama, negeri dan wilayah. Titah baginda, tindakan tidak bertanggungjawab itu hanya akan menggugat keharmonian dan menjejaskan hubungan antara kaum ketika negara…










