Syria jumpa empat lagi kubur besar, puluhan mayat ditemukan

Syria jumpa empat lagi kubur besar, puluhan mayat ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Pihak berkuasa Syria menemukan empat kubur besar yang mengandungi berpuluh-puluh mayat di utara Homs, di tengah negara itu semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, empat kubur besar itu ditemukan di Jalan Al-Sittin di utara bandar Homs semasa kerja-kerja penggalian.

Kementerian itu berkata, pihak berkuasa sedang menjalankan pemeriksaan forensik untuk mengenal pasti mangsa dan mengesahkan kemungkinan wujud tapak pengebumian tambahan.

Sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada Disember 2024, pelbagai tapak kubur besar ditemukan di seluruh Syria, dengan yang terbesar berhampiran Damsyik.

Rakyat Syria berkata, kejatuhan rejim Bashar menandakan berakhirnya era ketakutan selama berdekad-dekad, di mana penjara rejim itu menjadi mimpi ngeri penyeksaan, penahanan dan kehilangan paksa.

Kerajaan baharu Syria berulang kali menegaskan menuntut keadilan terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam jenayah di bawah rejim terdahulu, akan terus menjadi keutamaan.

Dalam ucapan di Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September, Presiden Ahmad al-Sharaa berjanji untuk memastikan setiap individu yang bersalah membunuh orang awam akan dihukum.

Bashar, yang memimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Russia pada Disember lalu, menamatkan rejim Parti Baath yang memerintah sejak 1963.

Pentadbiran peralihan baharu Sharaa ditubuhkan pada Januari.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN