PETALING JAYA: Cadangan mewujudkan sistem pemantauan barangan larangan di sekolah disifatkan sebagai langkah baik namun perlu diperincikan supaya tidak membebankan guru yang sedia menanggung pelbagai tugas pengurusan dan pentadbiran. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon berkata, pemeriksaan beg murid sebenarnya telah lama dilaksanakan di sekolah, malah masih diteruskan dalam bentuk operasi khas secara berkala. Bagaimanapun, katanya, realiti di sekolah menunjukkan guru tidak mampu memeriksa kesemua beg murid…










