TEMERLOH: Blok Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) Kerdau yang terbiar lebih lima tahun di tepi jalan utama Temerloh–Jerantut di sini, merupakan sebahagian daripada puluhan lagi kuarters guru di seluruh negara yang dibiarkan usang tanpa penghuni. Bangunan tiga tingkat yang terletak di lokasi strategik berhampiran pekan Kerdau itu kini dipenuhi semak-samun, cat mengelupas dan beberapa unit kelihatan rosak. Ia juga menimbulkan persoalan tentang keberkesanan pengurusan aset kerajaan dan perancangan penempatan guru. Seorang…










