Sembilan cubaan PBB hantar khemah ke Gaza gagal

Sembilan cubaan PBB hantar khemah ke Gaza gagal

KEADAAN daif khemah pelarian di Gaza City. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan keadaan kemanusiaan yang amat sukar di Semenanjung Gaza selepas usaha menghantar khemah kepada mereka yang memerlukan berulang kali ditolak, lapor Anadolu.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) memberi amaran keadaan kemanusiaan kekal sangat sukar, dengan ramai penduduk bergelut mendapatkan keperluan asas untuk terus hidup.

Susulan hujan lebat baru-baru ini di wilayah berkenaan, Dujarric berkata, pasukan kemanusiaan melakukan penilaian segera di kawasan terjejas pada hujung minggu lalu dan menyalurkan bantuan awal.

“Sejak 10 Oktober, sekurang-kurangnya sembilan percubaan oleh PBB dan rakan kongsi kami untuk membawa masuk khemah telah ditolak,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Dujarric berkata, dengan jumlah bungkusan makanan yang meningkat dalam beberapa hari kebelakangan ini, rakan kongsi kemanusiaan merancang untuk menyambung semula pengagihan dua bungkusan makanan dan satu beg tepung di seluruh Gaza.

Namun, Dujarric memaklumkan agihan di utara Gaza kebelakangan ini sangat terhad.

“Awal minggu lalu, agihan di bahagian utara hanya dapat dilakukan dalam bentuk biskut berkhasiat tinggi dan satu beg tepung kerana rakan kongsi menghadapi pelbagai halangan, termasuk kargo kemanusiaan tidak diberi keutamaan di lintasan, kelewatan pelepasan kastam serta kekurangan akses ke lintasan utara,” katanya.

Menyorot skala kemusnahan di Gaza, Dujarric berkata, pasukan di lapangan membersihkan 100,000 tan serpihan sejak gencatan senjata berkuat kuasa, namun menegaskan hampir 58 juta tan lagi runtuhan masih berselerak di seluruh Gaza, dan hanya separuh daripadanya dapat diakses ketika ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN