Rombakan Kabinet dua, tiga minggu lagi?

Rombakan Kabinet dua, tiga minggu lagi?

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan berlaku rombakan Kabinet dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi. 

Dalam ucapan pada majlis penutup Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025, beliau mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memberikan sokongan penuh kepada penganjuran FOI untuk tahun-tahun akan datang meskipun beliau tidak mengetahui sama ada masih menerajui kementerian itu atau sebaliknya.

“Jadi sekali lagi saya berharap sokongan daripada Perdana Menteri yang tidak berbelah bahagi untuk tahun-tahun yang akan datang. Sama ada saya masih menjadi menteri Kabinet atau pun tidak, itu soal nombor dua. Ini adalah agenda negara.

“PM senyum sahaja bagi syarat, sebab saya pun tak lama, dua tiga minggu sahaja lagi,” katanya ketika berucap di hadapan Anwar pada majlis berkenaan hari ini.

Ucapan Zambry di hadapan Perdana Menteri itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan perubahan Kabinet dalam masa terdekat.

Tempoh keanggotaan Zambry sebagai Ahli Dewan Negara akan berakhir pada di  2 Disember depan selepas mengangkat sumpah pada 3 Disember 2022 sebelum dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan seterusnya sebagai Menteri Pendidikan Tinggi. 

Turut mengangkat sumpah pada tarikh sama ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Tengku Zafrul merupakan satu-satunya senator yang berkhidmat selama dua penggal berbanding tiga yang lain.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN