KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) berada dalam ‘bahaya’ sekiranya kemelut dalaman melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal diselesaikan segera kerana ia menjejaskan persiapan gabungan itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti. Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau mahu kemelut penggantungan dan pemecatan pimpinan Bersatu itu diselesaikan segera selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Katanya, perpecahan dalaman yang semakin membarah itu perlu segera diselesaikan…









