KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengarahkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyediakan laporan menyeluruh mengenai keadaan gaji wartawan, khususnya di Sabah. Ia susulan kebimbangan mengenai gaji yang masih rendah walaupun pengamal media telah berkhidmat bertahun-tahun. Anwar berkata, beliau terkejut keadaan sedemikian masih berlaku, sedangkan ia tidak sepatutnya terjadi memandangkan kos sara hidup meningkat serta sebahagian syarikat media meraih keuntungan. “Media sekarang tidak seperti dahulu kerana persaingan…










