RAUB: Seorang pesara didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 35 tahun yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pertuturan di rumah mereka di Karak, Bentong, dekat sini, bulan lalu. Tertuduh yang berusia 63 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Noor Zaihan Mohamad Ali. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan sumbang itu terhadap anak perempuannya…










