KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini sekali lagi kecoh apabila Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah berhubung isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anak dan menantu kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kekecohan itu tercetus selepas Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mempersoalkan kemampuan SPRM mengesan individu berkenaan yang didakwa berada di luar negara, sedangkan laporan media sebelum ini memaparkan kelibatnya. Katanya, agensi penguatkuasaan itu…










