KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anak lelakinya, Datuk Mohd. Nazifuddin perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan berjumlah melebihi RM1.7 bilion. Ia selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak rayuan mereka untuk menangguhkan pembayaran tersebut. Dengan keputusan tersebut, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh meneruskan prosiding kebankrapan terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan dan Exco Pemuda UMNO itu. “Tiada pembayaran (tunggakan) telah dibuat, writ saman telah dikeluarkan dan…










