PETALING JAYA: Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW) memohon maaf secara terbuka khususnya kepada umat Islam berhubung kekeliruan penggunaan istilah ‘Muslim Choice’. Presidennya, Noorman Kamsani berkata, istilah itu bukanlah badan pensijilan atau label pengiktirafan, sebaliknya satu platform dalaman bagi menyimpan dan mengurus data ahli korporat MFW. “Logo dan nama sistem tersebut hanyalah identiti dalaman dan tidak pernah diberikan kebenaran untuk digunakan oleh mana-mana ahli, syarikat atau produk. “Kami kesal atas kekeliruan…

								
											








