PETALING JAYA: Situasi banjir terus menunjukkan peningkatan apabila jumlah mangsa terjejas mencecah 32,614 orang semalam berbanding 30,059 mangsa kelmarin. Kesemua mereka kini berada di 212 buat pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di tujuh buah negeri terjejas iaitu Kelantan, Perlis, Perak, Selangor, Kedah, Terengganu dan Pahang. Menurut laporan situasi terkini Pusat Pengurusan Bencana Negara setakat pukul 7 petang, semua mangsa tersebut melibatkan 10,692 buah keluarga. Katanya, trend keseluruhan menunjukkan peningkatan…










