Mangsa banjir di Perlis terus meningkat, situasi di Kangar pula makin buruk - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Perlis terus meningkat, situasi di Kangar pula makin buruk

NABIL Afif Zulkefli, 37, (kanan) mengemas rumah yang dinaiki air di Taman Desa Jarak, Bintong, Perlis, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Jumlah mangsa banjir di Perlis terus meningkat kepada 5,244 daripada 1,559 keluarga setakat pukul 8 malam ini.

Kesemua mangsa ditempatkan 17 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di negeri ini iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.

Kangar merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,621 mangsa daripada 730 keluarga, manakala di Arau (1,450 mangsa) dan Padang Besar mencatatkan 1,173 mangsa setakat ini.

Operasi memindahkan mangsa juga masih diteruskan dengan antaranya dua mangsa di Kampung Bakau yang dua hari terperangkap di rumah dipindahkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Kebanyakan jalan di sekitar pekan Kangar dipenuhi air. Malam ini, hujan masih berterusan.

Sebagai rekod, Perlis pernah dilanda banjir besar yang menjejaskan lebih 60,000 penduduk pada tahun 2010. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN