PETALING JAYA: Malaysia menyasarkan berada dalam kelompok 20 negara terbaik dunia dalam Indeks Inovasi Global (GII), penanda aras penting bagi menilai tahap inovasi dan daya saing negara di peringkat dunia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dilakukan melalui tadbir urus dan pemantauan rentas agensi yang lebih berkesan. Katanya, indeks itu menjadi panduan kepada kerajaan, industri dan pembuat dasar dalam merangka keputusan strategik untuk memastikan Malaysia muncul sebagai…










