Lima calon SPM terkandas banjir selamat duduki peperiksaan

Lima calon SPM terkandas banjir selamat duduki peperiksaan

ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai membantu menyelamat dan membawa calon SPM untuk menduduki peperiksaan di SMUA Shukriah, Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan-IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seramai lima calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Shukriah, Bukit Sireh di sini yang terkandas dengan banjir selamat menduduki peperiksaan itu dibantu oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai pagi tadi.

Kesemua pelajar perempuan selamat tiba di sekolah sebelum pukul 8 pagi selepas terkandas apabila laluan utama di Kampung Bedal ditenggelami air hampir satu meter.

Ketua BBP Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, kesemua mangsa merupakan kumpulan calon SPM terakhir yang masih tertinggal dan belum tiba di sekolah.

Katanya, sejurus menerima maklumat itu sepasukan anggota telah digerakan untuk tugas-tugas membantu dan menyelamat.

“Sebahagian besar daripada calon SPM di Kampung Bedal sudah keluar lebih awal dan selamat tiba ke sekolah untuk menduduki peperiksaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas mengenai situasi terkini banjir di Kuala Krai,  Nik Ahmad Afsham memberitahu, pemantauan secara berkala terus dilakukan di kawasan-kawasan berisiko banjir.

Katanya, tindakan itu bagi membolehkan tugas menyelamat segera dilakukan sejurus menerima maklumat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN