Lelaki dicekup cabul remaja perempuan di PPS

Lelaki dicekup cabul remaja perempuan di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang lelaki dicekup polis selepas didakwa mencabul seorang remaja perempuan semasa mereka berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini kelmarin.

Kejadian pukul 11 pagi itu, melibatkan suspek berusia 21 tahun sementara mangsa 16 tahun.

Menurut sumber, mangsa tidak mengenali suspek dan mereka hanya berbual-bual semasa berada di PPS.

Katanya, kejadian itu diketahui selepas remaja berkenaan memaklumkan perkara kepada ibunya.

“Ibu mangsa terus membuat laporan polis sebelum suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohd Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, suspek reman selama lima hari bermula kelmarin hingga Ahad ini untuk membantu siasatan.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah dan jenayah

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN