PETALING JAYA: Seramai 211,360 pelarian yang dikatakan berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kini berada di negara ini. Bagaimanapun, ramai dalam kalangan mereka diragukan memiliki kad sah UNHCR berikutan tiada rekod atau data mengenai jumlah sebenar pelarian yang memegang kad tersebut. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya tidak mempunyai data jumlah sebenar pelarian yang ada di negara ini kerana ramai daripada mereka masuk secara haram dan…










