PETALING JAYA: Terengganu, Kelantan dan Perak berisiko tinggi mengalami banjir monsun susulan amaran hujan berterusan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). MetMalaysia dan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) turut meramalkan limpahan di lebih 20 lembangan sungai. Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Dr. Md. Nasir Md. Noh berkata, paras sungai di ketiga-tiga negeri menunjukkan peningkatan konsisten sejak awal minggu ini ekoran hujan yang dijangka berlarutan sehingga…










