Lebih 10,000 penduduk Kelantan jadi mangsa banjir

Lebih 10,000 penduduk Kelantan jadi mangsa banjir

AIR Sungai Golok sudah melimpah masuk ke kawasan Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri ini semakin meruncing apabila seramai 10,778 orang penduduk sedang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka ditenggelami air.

Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 5 petang tadi kesemua mangsa dari 4,086 keluarga sedang mendapatkan perlindungan di 64 PPS.

Katanya, Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang dan Gua Musang antara yang terjejas setakat ini.

“Jajahan Tumpat menjadi kawasan paling teruk terjejas setakat apabila seramai 4,736 orang sedang berlindung di 13 PPS.

“Ia diikuti Kota Bharu (2,500) dan Bachok (2,076), Machang (539), Kuala Krai, Tanah Merah (282), Pasir Puteh (167), Gua Musang (86) dan Pasir Mas (20),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang dan Sungai Golok di Rantau Panjang serta Jenob, Tanah Merah sudah melepasi paras bahaya.

Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Melor di Bachok melepasi paras berjaga-jaga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN