Kualiti udara merosot, India perketat sekatan antipencemaran

Kualiti udara merosot, India perketat sekatan antipencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: New Delhi dan kawasan sekitar di India menghadapi langkah antipencemaran yang lebih ketat mulai 11 November selepas kualiti udara merosot ke tahap ‘teruk’.

Suruhanjaya Pengurusan Kualiti Udara berkata, peringkat ketiga Pelan Tindak Balas Berperingkat dikuatkuasakan dengan mengambil kira trend semasa dan dalam usaha mencegah kemerosotan.

Di bawah peringkat ketiga, pembinaan yang tidak penting diharamkan dan sekatan terhadap aktiviti perindustrian yang menggunakan bahan api pencemar dikuatkuasakan.

Indeks kualiti udara (AQI) New Delhi melebihi 400 di beberapa stesen pemantauan pada pada 11 November, berada dalam kategori teruk, berbanding bacaan di bawah 50, menurut data Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat (CPCB).

Langkah itu susulan protes hujung minggu di monumen India Gate, di mana polis menahan puluhan orang yang menuntut udara lebih bersih, satu demonstrasi awam jarang berlaku terhadap pencemaran di ibu negara.

Data satelit kerajaan menunjukkan peningkatan kebakaran sisa tanaman, yang dilakukan oleh petani untuk membersihkan tanah sebelum penanaman seterusnya, sejak awal November.

Kebakaran sisa tanaman sebelum ini menjadi penyumbang utama pencemaran tinggi di utara India.

Bagaimanapun, kerajaan India berkata, jumlah insiden kebakaran ladang dari 15 September hingga 9 November 2025 jauh lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Delhi dan daerah sekitarnya sering diselubungi asap tebal pada musim sejuk apabila udara sejuk dan pekat memerangkap pelepasan dari kenderaan, tapak pembinaan, dan pembakaran tanaman, menjadikan tahap pencemaran antara yang tertinggi di dunia serta meletakkan 30 juta penduduk ibu negara berisiko tinggi mengalami masalah pernafasan.- AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN