Korea Selatan hentikan sementara penerbangan elak ganggu peperiksaan

Korea Selatan hentikan sementara penerbangan elak ganggu peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Semua penerbangan berlepas dan mendarat di Korea Selatan akan dihentikan sementara pada Khamis bagi mengelakkan gangguan bunyi semasa peperiksaan kemasukan universiti tahunan, lapor Kementerian Pengangkutan.

Sekatan itu akan berkuat kuasa selama 35 minit bermula 1.05 tengah hari hingga 1.40 tengah hari, ketika sesi ujian mendengar Bahasa Inggeris dijalankan.

Sepanjang tempoh itu, semua pesawat, kecuali kecemasan, perlu kekal terbang pada ketinggian melebihi 3 kilometer di bawah pemantauan pihak kawalan trafik udara.

Langkah tersebut diambil bagi memastikan calon peperiksaan tidak terganggu oleh bunyi pesawat, kata kementerian berkenaan.

Kementerian itu memaklumkan, jadual operasi 140 penerbangan akan diselaraskan lebih awal bagi mengelak tempoh sekatan berkenaan.

Syarikat penerbangan akan memaklumkan perubahan itu kepada penumpang lebih awal.

Peperiksaan Masuk Universiti Kebangsaan (CSAT) dianggap antara ujian akademik paling penting di Korea Selatan, kerana ia menjadi penentu kemasukan ke universiti terkemuka selepas bertahun-tahun persediaan pelajar.– YONHAP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN