Kementerian Pendidikan jaga kebajikan anak Mohamad Asri yang bersekolah - Utusan Malaysia

Kementerian Pendidikan jaga kebajikan anak Mohamad Asri yang bersekolah

FADHLINA Sidek dalam sidang akhbar selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jawi, Arau, Perlis hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kementerian Pendidikan memberi jaminan menjaga kebajikan anak wartawan sambilan Astro Awani Perlis, Mohamad Asri Shafii yang meninggal dunia ketika pulang daripada membuat liputan banjir semalam.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, tanggungjawab tersebut melibatkan anak-anak arwah yang masih bersekolah.

Beliau juga mengakui terkesan pemergian Mohamad Asri yang sentiasa membuat liputan setiap kali kunjungannya di Perlis.

“Saya juga merakamkan takziah kepada keluarga arwah dan mudah-mudahkan mereka diberikan kesabaran untuk menghadapi ujian besar ini,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jawi di sini hari ini.

Beliau juga menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham yang pernah bertugas sebagai wartawan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sebelum menjadi wakil Astro Awani di Perlis.

Mohamad Asri meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai membuat liputan proses evakuasi rakyat Malaysia yang terperangkap banjir di Hatyai, Thailand, semalam.

Allahyarham Mohamad Asry meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN