PETALING JAYA: Malaysia akan terus memastikan kelestarian hutan dikekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan tanah di bawah perlindungan hutan simpan. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia komitmen kerajaan dalam memastikan keseimbangan dapat dicapai antara pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar menerusi pengurusan hutan secara mampan. Katanya, setakai ini jumlah hutan berjaya dikekalkan kira-kira 54 peratus daripada keluasan tanah sekali gus membuktikan komitmen kerajaan terhadap pengurusan…










