MELAKA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat dengan terperinci berhubung suspek utama kejadian melepaskan tembakan ke arah seorang rakyat Malaysia sehingga maut di Sungai Golok, Sabtu lalu yang memiliki dua kerakyatan. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu berkaitan dua kerakyatan sudah menjadi kebiasaan di kawasan sempadan sejak sekian lama dan ia perlu diatasi segera. Menurutnya, beliau menerima taklimat Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berhubung perkara tersebut serta…










