Kawasan sempadan Mesir diisytihar zon tentera tertutup

Kawasan sempadan Mesir diisytihar zon tentera tertutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mengarahkan kawasan berhampiran sempadan Israel-Mesir diisytiharkan sebagai zon tentera tertutup bagi menangani ancaman penyeludupan senjata melalui dron.

Katz turut mengarahkan tentera meminda peraturan pertempuran bagi membolehkan tindakan lebih tegas diambil terhadap sebarang cubaan penyeludupan yang menjejaskan keselamatan negara.

“Penyeludupan senjata menggunakan dron adalah sebahagian daripada peperangan di Gaza dan bertujuan memperkukuh musuh kita.

“Semua langkah perlu diambil untuk menghentikan ancaman ini,” katanya dalam kenyataan rasmi hari ini.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN